Sale!

Mendeley Reference Manager Dengan Integrasi Tutorial Video: Panduan Praktikal Dan Mudah

Original price was: RM65.00.Current price is: RM55.00.

Buku ini merupakan panduan komprehensif dan praktikal dalam penggunaan Mendeley Reference Manager, iaitu perisian pengurusan rujukan yang telah merevolusikan cara penyelidik dan pelajar menyusun serta mengurus sumber ilmiah dalam penulisan akademik. Selain dilengkapi dengan video tutorial, buku ini turut menyediakan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami, serta menjadikannya sesuai untuk semua peringkat pengguna sama ada pemula mahupun pengguna berpengalaman.

38 in stock

-
+
Category: Tag:

Buku ini merupakan panduan komprehensif dan praktikal dalam penggunaan Mendeley Reference Manager, iaitu perisian pengurusan rujukan yang telah merevolusikan cara penyelidik dan pelajar menyusun serta mengurus sumber ilmiah dalam penulisan akademik. Selain dilengkapi dengan video tutorial, buku ini turut menyediakan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan mudah difahami, serta menjadikannya sesuai untuk semua peringkat pengguna sama ada pemula mahupun pengguna berpengalaman. Mendeley Reference Manager yang dibangunkan oleh Elsevier menawarkan pelbagai ciri penting termasuk penyimpanan awan, anotasi PDF, pengurusan koleksi rujukan secara automatik serta integrasi dengan perisian penulisan seperti Microsoft Word. Mendeley Reference Manager juga menyokong gaya sitasi terkini seperti APA, IEEE dan MLA, sekali gus menjadikan proses penyusunan bibliografi lebih pantas dan tepat. Buku ini turut mengetengahkan pelbagai aspek penting seperti cara menambah rujukan daripada pangkalan data, mengurus rujukan duplikasi, menyusun nota dalam dokumen PDF, dan menambah tag untuk memudahkan pencarian. Selain itu, Mendeley Reference Manager juga menyoroti fungsi kolaboratif menerusi Mendeley Groups serta kebolehan mencari rujukan menggunakan enjin carian terbina dalam Mendeley Reference Manager. Antara keistimewaan buku ini adalah turut membincangkan penggunaan Mendeley Data untuk menyimpan dataset penyelidikan, amalan etika penyelidikan, dan fungsi kecerdasan buatan Generatif AI yang mula diperkenalkan dalam versi terbaharu Mendeley. Pada akhir buku ini, penulis turut berkongsi pengalaman peribadi menggunakan Mendeley dalam projek penyelidikan sebenar serta panduan menangani masalah lazim pengguna. Sebagai rujukan penting dalam era digital, buku ini diharapkan dapat memperkasa komuniti akademik di Malaysia untuk memanfaatkan teknologi pengurusan rujukan secara optimum. Buku ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kualiti penyelidikan malah memperkukuh budaya penulisan ilmiah yang berintegriti dan profesional.

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 0.5 × 6.5 × 9.5 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Mendeley Reference Manager Dengan Integrasi Tutorial Video: Panduan Praktikal Dan Mudah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *