Modul pengenalan asas AI ini direka khas untuk guru-guru yang ingin memahami dan memanfaatkan potensi kecerdasan buatan, khususnya melalui penggunaan ChatGPT, dalam tugas harian mereka. Modul ini akan membimbing guru-guru untuk mengenali konsep asas AI, cara berinteraksi dengan model bahasa seperti ChatGPT, serta bagaimana AI boleh digunakan untuk mempermudah pelbagai tugas pendidikan seperti penyediaan bahan pengajaran, penjanaan soalan, analisis data pelajar, dan lain-lain keperluan pedagogi. Dengan pengenalan yang komprehensif ini, guru-guru akan lebih yakin dan bersedia untuk mengintegrasikan teknologi AI dalam bilik darjah mereka, seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1️⃣ Pengenalan AI & Machine Learning
2️⃣ AI untuk Keperluan Peribadi
3️⃣ Natural Language Processing (NLP) in Education
4️⃣ Analisis Data untuk Intervensi Pembelajaran
5️⃣ Integrasi Ai dalam PdP
6️⃣ Etika dan Panduan Ai untuk PdP dan Dalam Kelas
7️⃣ Penggunaan Ai Kreatif dalam Pendidikan
8️⃣ Ai untuk Penyelesaian Masalah dalam Bilik Darjah
Cikgu Herry adalah seorang pendidik yang berpengalaman dengan kepakaran mendalam dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Beliau telah memperoleh pelbagai sijil kemahiran dalam AI, termasuk dalam Generative AI, Natural Language Processing (NLP), dan teknologi enjin carian. Beliau juga mahir dalam menerapkan AI ke dalam strategi perniagaan, serta dalam mengintegrasikan AI ke dalam produktiviti kerja harian. Selain itu, Cikgu Herry berperanan sebagai perintis dan pendidik bertauliah dalam Magic School AI, serta telah memberikan latihan dan bimbingan mengenai AI kepada pendidik di seluruh negara melalui pelbagai platform pendidikan yang diasaskannya seperti Mudah Mengajar dan MM Edu Legacy.
Courses you might be interested in
-
9 Lessons
-
1 Lesson