Pengenalan kepada Claude Ai
Claude Ai adalah satu aplikasi Ai generatif seperti ChatGPT yang boleh menghasilkan pelbagai jenis dokumen, teks dan aplikasi interaktif sangat mudah dan senang dibuat.
Sesuai untuk bidang pendidikan bagi guru yang kesuntukan masa, penlu hasil yang baik dalam masa yang terhad.
Kandungan kelas ini adalah:
Perancangan Pembelajaran Terbeza
- Cipta RPH pelbagai subjek
- Reka kandungan berbeza mengikut tahap pelajar
- Cipta panduan belajar individu
- Peribadikan pengalaman pembelajaran
Pentaksiran Bilik Darjah
- Analisis data ujian secara automatik
- Hasilkan soalan formatif pelbagai aras
- Periksa esei dengan pantas
- Buat kuiz adaptif untuk pelajar
Pengurusan Prestasi Pelajar
- Bina scoreboard prestasi pelajar
- Bina dashboard prestasi kelas
- Jejak kemajuan pelajar secara berkala
- Jana maklum balas automatik
Pengurusan Kelas dan Pentadbiran
- Urus aktiviti kelas dengan AI
- Automatikkan tugasan pentadbiran
- Rancang takwim sekolah lengkap
- Sediakan laporan dan kertas kerja dengan AI
Penjanaan Dokumentasi dan Kod
- Jana laporan analitik data pelajar
- Hasilkan kod untuk aplikasi pendidikan mudah
- Cipta template dokumen automatik
- Buat skrip automasi untuk tugas pentadbiran
Kenapa Claude Ai?
Aplikasi ini dibangunkan dengan pantas dan merupakan alternatif kepada ChatGPT dan berfungsi jauh lebih baik dalam pelbagai perkara.
Ia juga boleh diakses melalui aplikasi DELIMA
Cikgu Herry adalah seorang pendidik yang berpengalaman dengan kepakaran mendalam dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Beliau telah memperoleh pelbagai sijil kemahiran dalam AI, termasuk dalam Generative AI, Natural Language Processing (NLP), dan teknologi enjin carian. Beliau juga mahir dalam menerapkan AI ke dalam strategi perniagaan, serta dalam mengintegrasikan AI ke dalam produktiviti kerja harian. Selain itu, Cikgu Herry berperanan sebagai perintis dan pendidik bertauliah dalam Magic School AI, serta telah memberikan latihan dan bimbingan mengenai AI kepada pendidik di seluruh negara melalui pelbagai platform pendidikan yang diasaskannya seperti Mudah Mengajar dan MM Edu Legacy.
Courses you might be interested in
-
19 Lessons
-
19 Lessons
-
19 Lessons
-
14 Lessons