Kursus ini memperkenalkan penggunaan AI dalam pembinaan soalan pendidikan yang berkesan melalui enam modul video praktikal. Bermula dengan teknik menghasilkan soalan berstruktur mengikut JSU, kursus ini seterusnya menunjukkan bagaimana AI boleh membantu membina soalan analisis berkualiti serta mengenal pasti pola dalam soalan. Peserta juga akan belajar cara mengotomatikan pembentukan soalan objektif dan menghasilkan soalan subjektif yang mendalam. Akhir sekali, kursus ini menekankan penggunaan AI untuk menjana soalan inovatif yang mencabar pelajar, membimbing peserta melalui langkah-langkah praktikal dalam setiap modul.
Cikgu Herry adalah seorang pendidik yang berpengalaman dengan kepakaran mendalam dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Beliau telah memperoleh pelbagai sijil kemahiran dalam AI, termasuk dalam Generative AI, Natural Language Processing (NLP), dan teknologi enjin carian. Beliau juga mahir dalam menerapkan AI ke dalam strategi perniagaan, serta dalam mengintegrasikan AI ke dalam produktiviti kerja harian. Selain itu, Cikgu Herry berperanan sebagai perintis dan pendidik bertauliah dalam Magic School AI, serta telah memberikan latihan dan bimbingan mengenai AI kepada pendidik di seluruh negara melalui pelbagai platform pendidikan yang diasaskannya seperti Mudah Mengajar dan MM Edu Legacy.
Courses you might be interested in
-
19 Lessons
-
19 Lessons
-
19 Lessons
-
14 Lessons